Wednesday, 27 March 2013

7 Rahsia Bersahabat Kerana ALLAH

As'salamualaikum dan Selamat Sejahtera.



                                               [7 Rahsia Bersahabat Kerana ALLAH]



1. Memberitahu temannya bahawa dia kasih dan suka kepadanya. Nabi SAW telah bersabda : "Jika seseorang kasih kepada seseorang , maka hendakLah dia memberitahu temannya." (HR Abu Daud)


2. Apabila berpisah dengan seseorang maka hendaklah dia mendoakan sahabatnya tanpa pengetahuannya.

Nabi SAW bersabda :
"Setiap hamba yang muslim yang mendoakan saudaranya seIslam tanpa pengetahuannya pasti akan didoakan Malaikat dengan berkata:

"Engkau juga akan mendapat seumpamanya." (HR Muslim)


3. Sentiasa bermanis muka ketika berjumpa sahabatnya.
"Janganlah kamu meremehkan kebajikan sedikit pun, sekalipun dengan berjumpa temanmu dalam keadaan wajah yang ceria. " (HR Muslim)


4. Segera bersalaman ketika bertemu dengan temannya.
Nabi SAW bersabda :
"Setiap dua orang Islam yang berjumpa serta bersalaman pasti akan diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah. " (HR Abu Daud)


5. Amalan ziarah-menziarahi
Nabi SAW bersabda: " Hendaklah kamu menziarahi sesekali, nescaya akan menambah kasih sayang di antara kamu."


6. Memberi Hadiah
Nabi SAW bersabda : " Hendaklah kamu saling memberi hadiah, nescaya kamu akan berkasih sayang. " (HR Thabrani)


7. Membantu sahabat-sahabatnya yang dalam kesusahan.
Nabi SAW brpesan : " Orang yang berjalan untuk menunaikan hajat sahabatnya lebih baik daripada orang yang beri'tikaf selama dua bulan." (HR Hakim)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...